Monday 16 February 2009

PEMIKIRAN DUNIA KETIGA!!!!!!

Alam university tidak seindah yang difikirkan. university bukan lah tempat hanya untuk mencari ilmu akademik, tetapi juga tempat untuk menimba pelbagai pengalaman dan pengetahuan. oleh sebab itu kita digalakkan berorganisasi. tetapi ramai mahasiswa/i tidak menganggap organisasi yang ditubuhkan di university sebagai satu platform untuk mereka merasa macam mana dunia pekerjaan nanti. ini adalah sebab kenapa ramai graduan universiti sukar mendapat tempat di luar nanti..

Pemikiran para mahasiswa/i banyak yang memikirkan hiburan semata. dimana sokongan mahasiswa/i terhadap aktiviti yang diadakan oleh rakan-rakan mahasiswa/i yang lain. jika dilihat pada kebanyakkan aktiviti, ramai mahasiswa yang hanya akan hadir ke aktiviti yang dianjurkan apabila ada artis atau selebriti yang mereka minati dijemput. kenapa tidak mengikuti aktiviti yang berbentuk ilmiah. jika diikutkan banyak aktiviti ilmiah dijalankan seperti pertandingan debat, ceramah, quiz, sukan dan banyak lagi. tapi sambutan para mahasiswa/i sangat menghampakan. kenapa susah sangat hendak memberikan sokongan pada perkara-perkara yang bermanfaat.

Tuhan memberikan kita akal fikiran untuk berfikir dan islam tidak melarang pada hiburan asalkan tidak keterlaluan dan tidak bercanggah dengan islam. jadi gunakan lah akal fikiran dengan sebaik mungkin. tunjukkan pada masyarakat bahawa kita diuniversiti mempunyai pemikiran yang terbaik. jangan tunjukkan yang kita ni hanya memikirkan pada hiburan.

Saturday 7 February 2009

DIMANA PERGINYA MANDAT YANG DIBERI

politik di perak!!!!
ape sudah jadi...

selepas penggumuman seorang wakil rakyat dari parti BN melompat parti,
parti Pakatan Rakyat juga turut bermain perkara yang sama. dimana letak nya mandat dan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka??? isu lompat parti sebelum ini tidak pernah berlaku. akan tetapi selepas Datuk Seri Anuar Ibrahim dibebaskan, perkara ini timbul. dan disebabkan terlalu ghairah untuk mentadbir negara, perak pulak yang terlepas.

mungkin ini satu pengajaran buat Pakatan rakyat. bagi saya, mereka patut menggunakan peluang dengan sebaiknya pada pilihan raya yang lepas. sekiranya mereka berjaya membuat perubahan yang besar di lima negeri yang mereka pegang, tidak mustahil pada pilihan raya akan datang mereka dapat menakluki negeri-negeri yang lain. akan tetapi, disebabkan idea 16 september, perak terlepas.

dan sekarang isu paling hangat iyalah isu menteri besar..antara menteri besar BN or Pakatan Rakyat. bagi saya, perak perlu membuat pilihan raya yang baru untuk menentukan parti mane yang lebih layak untuk mentadbir dan sekali gus memilih menteri besar. jadi, bende ini tidak akan menjadi isu.

harap peritiwa di Perak dapat di jadikan ikhtibar....