Monday 16 February 2009

PEMIKIRAN DUNIA KETIGA!!!!!!

Alam university tidak seindah yang difikirkan. university bukan lah tempat hanya untuk mencari ilmu akademik, tetapi juga tempat untuk menimba pelbagai pengalaman dan pengetahuan. oleh sebab itu kita digalakkan berorganisasi. tetapi ramai mahasiswa/i tidak menganggap organisasi yang ditubuhkan di university sebagai satu platform untuk mereka merasa macam mana dunia pekerjaan nanti. ini adalah sebab kenapa ramai graduan universiti sukar mendapat tempat di luar nanti..

Pemikiran para mahasiswa/i banyak yang memikirkan hiburan semata. dimana sokongan mahasiswa/i terhadap aktiviti yang diadakan oleh rakan-rakan mahasiswa/i yang lain. jika dilihat pada kebanyakkan aktiviti, ramai mahasiswa yang hanya akan hadir ke aktiviti yang dianjurkan apabila ada artis atau selebriti yang mereka minati dijemput. kenapa tidak mengikuti aktiviti yang berbentuk ilmiah. jika diikutkan banyak aktiviti ilmiah dijalankan seperti pertandingan debat, ceramah, quiz, sukan dan banyak lagi. tapi sambutan para mahasiswa/i sangat menghampakan. kenapa susah sangat hendak memberikan sokongan pada perkara-perkara yang bermanfaat.

Tuhan memberikan kita akal fikiran untuk berfikir dan islam tidak melarang pada hiburan asalkan tidak keterlaluan dan tidak bercanggah dengan islam. jadi gunakan lah akal fikiran dengan sebaik mungkin. tunjukkan pada masyarakat bahawa kita diuniversiti mempunyai pemikiran yang terbaik. jangan tunjukkan yang kita ni hanya memikirkan pada hiburan.

No comments:

Post a Comment