Saturday 17 January 2009

KELEBIHAN SOLAT~SECARA RINGKAS

Solat, satu kewajipan bagi setiap umat islam. akan tetapi ramai yang tidak mengambil berat mengenai nya. Disini saya telah meringkaskan kelebihan solat dari apa yang saya baca... harap kita dapat memanfaatkan nya...

  • kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya, solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
  • keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
  • orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
  • terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.
  • Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,”
  • Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus
  • bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
maklumat lanjut
untuk maklumat mengenai kelebihan tarawih, sila click

selamat membaca

No comments:

Post a Comment