Saturday 17 January 2009

PILIHAN RAYA KAMPUS~TUJUAN DIADAKAN

PILIHAN RAYA KAMPUS~TUJUAN DIADAKAN

Setiap universiti pasti akan mengadakan pilihan raya kampus atau lebih dikenali sebagai PRK. Akan tetapi, saban tahun PRK dirasakan semakin teruk. Dengan isu-isu sensitif dibangkitkan dan berbagai-bagai cara yang digunakan untuk menarik udi. Kenapa mesti keadaan sedemikian berlaku???

Bagi saya, PRK diwujudkan untuk memilih calon-calon majlis perwakilan pelajar (MPP) dimana mereka yang terpilih akan menjadi pembela pelajar universiti. Sebarang masalah yang dihadapi pelajar, mpp lah tempat untuk kita suarakan agar mereka boleh sampaikan ke pihak pengurusan universiti. Kenapa perlu kita hebahkan masalah yang dihadapi ke pengatahuan umum?

PRK juga salah satu pembelajaran yang kita tidak perolehi di dalam kuliah. disini kita dapat lihat bagaimana sesuatu pilihan raya itu dijalankan. Jadi dengan itu apabila kita cukup layak untuk mengundi di pilihan raya umum(PRU) kita sudah mendapat sedikit sebanyak pengatahuan.

Kenapa isu-isu sensitif perlu dibangkitkan?? Kenapa kata-kata kesat perlu dikeluarkan semasa hari berkempen?? kenapa perlu ada paksaan dalam mencari calon?? kenapa mesti kutuk mengutuk terhadap parti lawan?? kenapa tidak kita lakukan dengan cara yang berhemah?? tunjukkan kebolehan kita untuk menarik undi. bukan memburuk-burukkan orang lain. Ini hanyalah PRK, walaupun kita berlainan pendapat tetapi tujuan nya sama iaitu memperjuangkan nasib pelajar universiti. Harap selepas ini adalah perubahan dalam PRK.

No comments:

Post a Comment